ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !!

Pihak PSS amat mengalu-alukan lawatan anda ke blog PSS SMKDARA a.k.a blog SDARA. Banyak aktiviti kokurikulum, kurikulum, jamuan, majlis-majlis berseta gambar dan macam-macam lagi yang akan dan sentiasa di kemaskinikan dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menjayakan setiap aktiviti sekolah samada guru, kakitangan dan terutamanya pelajar SDARA. Diharap anda semua akan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Semoga blog ini boleh menjadi sumber maklumat yang berguna dan berharga buat semua warga SDARA. Amin!!!

Selasa, 11 Oktober 2011

MERDEKA!!!!

Yeahuuuu!!! Hari ni hari last budak-budak yang ambil PMR periksa. kertas bahasa cina & bahasa tamil. Yang lain, semlam lagi dah diorang merdeka. Maka berteraburlah umat-umat ni keluar dewan peperiksaan. Ada yang tersenyum, ada yang melompat, ada yang stress, ada yang blur dan ada juga yang tak peduli??!! Apa-apa pun semuanya dah lepas. Tak payah fikir lagi. tunggu saja lah keputusannya lepas krismas nanti. Yang penting sekolah macam biasa. Banyak aktiviti yang dah dirancang untuk murid-murid tingkatan 3 ni. Esok dah kena pulang buku teks. kalau tak kena denda. kalau nak tahu aktiviti apa yang ada sebelum kita bercuti panjang nanti, boleh lah rujuk kepada kaunselor. Ada aktiviti seni, kebudayaan, sukaneka (paling best!!), kewarganegaraan, permainan, lawatan, kuiz, tayangan video dan macam-macam lagi lah. rugi kalau tak datang sekolah. Masa ni je lah  boleh datang sekolah lenggang kangkung & main-main yang tak siapa pun nak marah. Tapi agak-agak lah ya! kepada yang baru join blog ni, kalau ada idea, jangan shy-shy cat. Komen @ tulis je lah cadangan anda di ruangan komen yang disediakan. Lagi bagus jumpa terus dengan kami di Pusat Sumber @ perpustakaan sekolah ye.
ps: Tinggal 5 minggu nak cuti sekolah!!  =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...