ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !!

Pihak PSS amat mengalu-alukan lawatan anda ke blog PSS SMKDARA a.k.a blog SDARA. Banyak aktiviti kokurikulum, kurikulum, jamuan, majlis-majlis berseta gambar dan macam-macam lagi yang akan dan sentiasa di kemaskinikan dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menjayakan setiap aktiviti sekolah samada guru, kakitangan dan terutamanya pelajar SDARA. Diharap anda semua akan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Semoga blog ini boleh menjadi sumber maklumat yang berguna dan berharga buat semua warga SDARA. Amin!!!

Isnin, 3 Oktober 2011

MAJLIS RESTU ILMU PMR 2011

       Hari ini dalam sejarah 4/10/2011. Majlis restu ilmu untuk calon-calon PMR SMKDARA 2011 telah pun berlangsung dengan jayanya. Bermula seawal 8 pagi, taklimat ringkas diberikan sebagai persediaan agar sepanjang peperiksaan berlangsung esok akan berjalan lancar. Slip peperiksaan diedar bagaikan kertas azimat. Kemudian ucapan-ucapan yang berapi membakar semangat pelajar diberikan oleh guru-guru subjek dan Tn Pengetua (tapi....pelajar nampak terbakar sebab kepanasan kot? hehe)

         Majlis diteruskan dengan acara yang paling penting, selawat dan salam dari pelajar, memohon restu ilmu yang ditimba sepanjang 3 tahun di menengah rendah. Riak wajah yang bermacam-macam dapat dilihat, sedih, gembira, ketawa, blur?, meluat? pun ada. Semuanya dapat dirakam lensa kamera. Paling terharu bila pelajar memeluk ayahanda Tn Pengetua. Entah apa agaknya yang berbuku di hati Tn Pengetua....mengenangkan tinggal 2 minggu sahaja lagi beliau bersama kita di sekolah ini sebelum bersara.
     
      Ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG SMKDARA di atas sumbangan kepada setiap pelajar berupa peralatan peperiksaan dan bantuan makanan bagi pelajar miskin dan yang tinggal lebih 10 km dari sekolah. 
     
      Di akhir majlis ucapan oleh wakil pelajar disampaikan oleh adik Nurul Nazratul Nadia bt Mohd Sejali dengan penuh emosi mendapat tepukan yang gemuruh oleh pelajar (ye ke?). Penutupnya disempurnakan dengan bacaan lafaz ikrar oleh adik Mohd Amin b Abdullah dan diikuti oleh semua pelajar tingkatan 3. Tahniah kepada adik Nazratul dan adik Amin atas tugas yang cemerlang! (bukan semua orang boleh buat tu, mau ketar lutut berdiri depan orang ramai.)

    


 
     

Hmm...bertuahnya wakil-wakil kelas yang dapat menconteng peringatan dan kata hikmah di banner majlis restu ilmu!! bukan semua dapat pengalaman tu.. Bagi mengisi masa terluang, pengisian kerohanian dan sembahyang hajat dilakukan pelajar muslim dipimpin oleh Cikgu Sarif. Yang kelakar tu...masa candid pelajar solat, ada pulak mata yang menjeling. Jeng..jeng..jeng..

Akhir kata dari penulis, selamat menduduki PMR!! Jangan putus asa, jangan ter'korban' di bilik peperiksaan, Semoga calon-calon PMR berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Wassalam....\(^_^)/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...