ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA !!

Pihak PSS amat mengalu-alukan lawatan anda ke blog PSS SMKDARA a.k.a blog SDARA. Banyak aktiviti kokurikulum, kurikulum, jamuan, majlis-majlis berseta gambar dan macam-macam lagi yang akan dan sentiasa di kemaskinikan dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menjayakan setiap aktiviti sekolah samada guru, kakitangan dan terutamanya pelajar SDARA. Diharap anda semua akan sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Semoga blog ini boleh menjadi sumber maklumat yang berguna dan berharga buat semua warga SDARA. Amin!!!

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sukaneka Program lepas PMR


                                                          Wahaha...!!!!!!!                             zombie kampung pisang      
                                                       weh, bole jalan ke ni?                                                              main tipu!!
                                                  woi..tungggu aku woii!!               iyah...iyah...iyaaahh..    aku sembahyang dulu la..
        
mak..tolong.. kitorang kena dera!!                     yea!! dapat aiskrim      mane boleh budak je dapat!

Pada jumaat 14/10/11 telah berlangsungnya sukaneka sempena program selepas PMR. Permainan yang disediakan amatlah ringkas, ala-ala permaianan kampung je, tapi best tu. Walaupun jadual yang disusun kena pada jam 10:45 (panas tu!), tapi semangat nak main memang kental (ala..tak payah suruh pun dia main juga, dah namanya budak-budak). Mula dengan cari gula-gula dalam tepung. Biar lah dah pernah main seratus kali pun, ni la permaianan yang paling best & seronok (Orang yang main tu seronok, orang yang tak main pun seronok!). Kumpulan 2 dapat kumpul sehingga 32 biji gula-gula. Tak rugi muka penuh tepung. Haha..
      Permainan yang ke dua ialah kaki 5? Haa..tradisionalnya orang main ikat kaki 2 orang kan? jadi la dia kaki 3. Tapi berkat kekreatifan ajk sukaneka, kita ikat 4 orang sekaligus! jadi lah kaki 5. Mula-mula budak-budak tu tak setuju, bantah. Susah katanya. Tapi kalau senang apa yang seronoknya, betul tak? Bila mula pertandingan baru lah rasa kegairahannya berkaki 5 ni. haha.
     Permainan yang terakhir ialah lari/lompat dalam guni. Memang seronok lah. Di akhir permaian kumpulan 2 johan. Kerja berpasukan diorang memang bagus dari mula lagi. Akhir sekali sebelum bersurai, semua murid termasuk cikgu dapat makan aiskrim malaysia buatan sendiri. Sedap kan?
     Hmm...terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik pelajar mahupun guru di atas kerjasama yang diberikan. Tahniah kepada pemenang. Hadiah tunggu hari penutup nanti ye. Rugi lah sesiapa sahaja yang tak datang untuk menyertai aktiviti ni, malah lebih berganda RUGI lagi kalau datang tapi tak menyertai apa-apa (setakat duduk di astaka ketawakan orang??). Kepada golongan ini, penulis berikan 1 nasihat;
          
           "Manusia hidup berdasarkan memori, tak kira memori yang gembira atau malang, suka atau duka, ketawa dan menangis, semuanya perlu kita lalui dan hadapi untuk mangajar kita menjadi insan yang terbaik. Kalau kita sekadar menjadi penonton dan tidak melibatkan diri, kita tak ubah seperti 'mayat hidup', kerana memori itu bukan kita yang punya. bukan kita yang cipta. Kita mungkin ada memori tentang seseorang tetapi orang lain tiada memori sebegitu tentang kita. Bila kita sudah terlepas peluang itu atau kehilangan seseorang dalam hidup, baru lah kita sedar betapa ruginya tidak mencipta memori bersama-sama".

      Fikir-fikirkan lah ya. Jadi, selepas ini diharapkan kita tidak lagi menjadi seorang penonton, tetapi jadilah seorang pemain. Marilah kita bersama-sama mencipta memori di SDARA!!! Yeah!

Selasa, 11 Oktober 2011

MERDEKA!!!!

Yeahuuuu!!! Hari ni hari last budak-budak yang ambil PMR periksa. kertas bahasa cina & bahasa tamil. Yang lain, semlam lagi dah diorang merdeka. Maka berteraburlah umat-umat ni keluar dewan peperiksaan. Ada yang tersenyum, ada yang melompat, ada yang stress, ada yang blur dan ada juga yang tak peduli??!! Apa-apa pun semuanya dah lepas. Tak payah fikir lagi. tunggu saja lah keputusannya lepas krismas nanti. Yang penting sekolah macam biasa. Banyak aktiviti yang dah dirancang untuk murid-murid tingkatan 3 ni. Esok dah kena pulang buku teks. kalau tak kena denda. kalau nak tahu aktiviti apa yang ada sebelum kita bercuti panjang nanti, boleh lah rujuk kepada kaunselor. Ada aktiviti seni, kebudayaan, sukaneka (paling best!!), kewarganegaraan, permainan, lawatan, kuiz, tayangan video dan macam-macam lagi lah. rugi kalau tak datang sekolah. Masa ni je lah  boleh datang sekolah lenggang kangkung & main-main yang tak siapa pun nak marah. Tapi agak-agak lah ya! kepada yang baru join blog ni, kalau ada idea, jangan shy-shy cat. Komen @ tulis je lah cadangan anda di ruangan komen yang disediakan. Lagi bagus jumpa terus dengan kami di Pusat Sumber @ perpustakaan sekolah ye.
ps: Tinggal 5 minggu nak cuti sekolah!!  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...